Fri, 29 May 2026
Headlines:
UMS pusat rujukan serantau usaha pemuliharaan penyu
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
Text Size:
Text:
UMS pusat rujukan serantau usaha pemuliharaan penyu
INSTITUT Marin Borneo UMS terus menjadi pusat rujukan serantau bagi usaha pemuliharaan penyu.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memainkan peranan penting sebagai pusat rujukan serantau bagi usaha pemuliharaan penyu khususnya menerusi penyelidikan, pengajaran serta khidmat nasihat kepada pihak kementerian dan kerajaan negeri.

Dr Juanita.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Institut Marin Borneo (IMB) UMS Profesor Madya Dr Juanita Joseph berkata usaha itu terus dipertingkatkan selepas melihat perkembangan positif hasil usaha pemuliharaan berterusan spesies penyu hijau (green turtle) yang paling banyak ditemui di Sabah.

Advertisement
“Hasil usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri bersama masyarakat, populasi penyu hijau berjaya ditingkatkan sehingga statusnya daripada terancam kepada sedikit bimbang di peringkat global.

“Bagaimanapun penyu sisik (Hawksbill Turtle) pula masih berada dalam kategori sangat terancam dan berisiko pupus sekiranya langkah perlindungan tidak diperkasakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Begitu juga penyu lipas (Olive Ridley Turtle) yang dikategorikan sebagai terdedah manakala penyu belimbing atau Leatherback Turtle turut berdepan ancaman terhadap kelangsungan habitatnya,” katanya dalam satu kenyataan sempena dengan sambutan Hari Penyu Sedunia yang disambut pada 23 Mei setiap tahun.

Menurut Juanita ancaman utama terhadap spesies penyu melibatkan kawasan pendaratan telur, kawasan pemakanan dan laut dalam.

Advertisement
“Kegiatan mencuri telur penyu di kawasan pendaratan bagi tujuan penjualan dan makanan masih berlaku manakala di kawasan pemakanan pula terdapat aktiviti pembunuhan penyu oleh nelayan asing untuk mendapatkan bahan tertentu bagi penghasilan aksesori. 

“Selain itu pencemaran laut di kawasan laut dalam turut memberi kesan besar terhadap habitat penyu namun terdapat kekangan antarabangsa yang mengehadkan kemasukan ke kawasan perairan terbuka bagi tujuan pemantauan,” katanya.

Advertisement
Kerajaan juga katanya telah memperkenalkan penggunaan Turtle Excluder Devices (TEDs) iaitu alat khas yang membantu hidupan laut bersaiz besar melepaskan diri daripada tersangkut dalam pukat nelayan.

Menurutnya inisiatif berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun penggunaan TEDs di Sabah masih berada pada fasa percubaan.

Dalam aspek penyelidikan dan kerjasama antarabangsa Juanita berkata UMS turut berperanan sebagai penasihat dalam pemeliharaan telur penyu menerusi penglibatan dalam Indo Pacific Marine Turtle Genetic.

Beliau berkata UMS juga mewakili Malaysia sebagai penasihat dalam Turtle Island Heritage Protected Area (TIHPA) sejak 2018.

“UMS bukan sahaja berperanan dalam menjalankan penyelidikan malah universiti perlu lebih dekat dengan komuniti dan masyarakat supaya usaha penjagaan serta pemuliharaan penyu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kerjasama antara institusi pendidikan, pihak kerajaan dan masyarakat juga amat penting bagi memastikan kelangsungan spesies penyu untuk generasi akan datang,” ujar beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here