Thu, 28 May 2026
Headlines:
Perluas insentif solar ke Sabah
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Perluas insentif solar ke Sabah
Menurut Frankie, Sabah mempunyai potensi besar dalam penjanaan tenaga solar berikutan kedudukan geografi dan pendedahan cahaya matahari sepanjang tahun.
SANDAKAN: Insentif penggunaan solar perumahan melalui rebat sehingga RM3,000 merupakan dasar positif serta berpandangan jauh yang mampu membantu rakyat mengurangkan kos elektrik selain menggalakkan penggunaan tenaga bersih dan mampan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon menyokong gesaan Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah supaya pengguna di Sabah diberikan akses sama rata terhadap insentif rebat solar bumbung menerusi Program SuRIA Home yang diumumkan baru-baru ini.

Advertisement
Bagaimanapun katanya pengguna di Sabah tidak seharusnya tercicir daripada inisiatif tenaga boleh diperbaharui di peringkat nasional itu.

“Isi rumah dan perniagaan di Sabah berdepan peningkatan kos elektrik serta cabaran bekalan tenaga berkala menjadikan penyelesaian solar bumbung lebih relevan dan bermanfaat untuk negeri ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Frankie Sabah mempunyai potensi besar dalam penjanaan tenaga solar berikutan kedudukan geografi dan pendedahan cahaya matahari sepanjang tahun.

Katanya peluasan penggunaan solar bumbung di Sabah mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil konvensional, memperkukuh keselamatan tenaga jangka panjang dan menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Advertisement
Sehubungan itu beliau menggesa Kerajaan Persekutuan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity memberi jaminan jelas bahawa pengguna di Sabah akan menikmati kelayakan dan akses sama rata terhadap insentif Program SuRIA Home.

“Pada masa sama prosedur permohonan dan syarat teknikal perlu dipermudah bagi memastikan penyertaan lebih meluas dalam kalangan pemilik rumah di bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh Sabah,” katanya.

Advertisement
Frankie berkata Sabah perlu dilihat sebagai sebahagian penting dalam agenda peralihan tenaga boleh diperbaharui negara. Menurutnya akses sama rata terhadap insentif tenaga hijau bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pengguna, malah membantu membina masa depan tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan dan mampu milik untuk Sabah serta Malaysia secara keseluruhan.

“Saya percaya Sabah mempunyai keupayaan dan potensi untuk muncul sebagai antara wilayah pembangunan tenaga solar utama negara jika diberikan sokongan dan penyertaan dasar yang sewajarnya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here