Sat, 30 May 2026
Headlines:
1,136 penduduk Pensiangan terima geran tanah
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
1,136 penduduk Pensiangan terima geran tanah
Arthur berkata penyerahan geran itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan isu pemilikan tanah rakyat, khususnya di kawasan luar bandar terus diberi perhatian dan diselesaikan secara berperingkat.
SERAMAI 1,136 penduduk di kawasan Parlimen Pensiangan menerima geran tanah Anak Negeri melibatkan keluasan keseluruhan 2,303.84 hektar dalam satu majlis penyerahan di Dataran Sook, pada Sabtu.

Daripada jumlah keluasan itu, sebanyak 295.51 hektar melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, 948.82 hektar di DUN Tulid dan 1,059.51 hektar di DUN Sook.

Advertisement
Geran tanah berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, sekali gus memberi kelegaan kepada penerima selepas sekian lama menunggu penyelesaian hak milik tanah masing-masing.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata penyerahan geran itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan isu pemilikan tanah rakyat, khususnya di kawasan luar bandar terus diberi perhatian dan diselesaikan secara berperingkat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Adun Sook itu turut menasihatkan penerima agar tidak menjual tanah yang diterima, sebaliknya mengusahakan tanah berkenaan bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Menurut beliau, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan insentif termasuk bagi aktiviti pertanian, perladangan dan penghijauan kawasan melalui tanaman seperti sawit, getah dan tanaman lain yang bersesuaian.

Advertisement
Sementara itu, seorang penerima, Lasius Pomin, meluahkan rasa syukur dan gembira selepas akhirnya menerima geran tanah yang telah lama dinantikan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri serta semua pihak yang terlibat dalam mempercepatkan proses pengeluaran geran berkenaan.

Advertisement
Seorang lagi penerima, Sanisah Sipin, berkata beliau menunggu hampir 10 tahun sebelum akhirnya menerima geran tanah tersebut dan bersyukur proses yang panjang itu akhirnya selesai. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here