Thu, 28 May 2026
Headlines:
PKR Semporna, Tuaran kekal sokong agenda reformasi
Published on: Monday, May 25, 2026
Published on: Mon, May 25, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
PKR Semporna, Tuaran kekal sokong agenda reformasi
Kota Kinabalu: PKR Cabang Semporna dan Tuaran akan terus mendukung agenda reformasi biarpun ketua cabang masing-masing telah mengumumkan peletakan jawatan, kata Ketua Penerangan PKR Sabah Ahmad Farid Sainuri.

Beliau berkata kedua-dua cabang berkenaan yang kini dipangku secara rasmi oleh timbalan ketua cabang masing-masing, terus memperjuangkan hak rakyat Sabah, khususnya berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan reformasi institusi.

Advertisement
“Di bawah Kerajaan Madani, reformasi MA63 mencatat kemajuan terbaik apabila 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan, dengan sembilan daripadanya dicapai dalam tempoh pentadbiran hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Farid berkata komitmen kerajaan juga terbukti menerusi peningkatan geran khas interim Sabah kepada RM600 juta, selain rundingan berhubung tuntutan 40 peratus hak Sabah yang kini giat digerakkan pada peringkat Kerajaan dengan Kerajaan (G2G).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan proses keluar masuk dalam politik adalah sebahagian daripada amalan demokrasi matang.

Ketua Cabang PKR Semporna Mohd Amin Abdul Mem yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, dan Ketua Cabang PKR Tuaran Mohammad Razeef Rakimi baru-baru ini mengumumkan meletak semua jawatan dan keluar parti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here