KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan, Datuk Chin Tek Ming menggesa ketelusan, akauntabiliti dan tindakan pembetulan segera susulan krisis kesesakan di pelabuhan Sabah yang disifatkannya semakin serius sehingga menjejaskan ekonomi, perniagaan dan rakyat.
Beliau berkata pihak berkuasa serta semua pihak berkepentingan perlu mendedahkan secara terbuka punca sebenar dan faktor yang menyumbang kepada kesesakan pelabuhan yang kini mengganggu operasi logistik di seluruh Sabah.
Dalam kenyataan, Chin berkata situasi itu tidak lagi boleh dianggap sebagai masalah operasi sementara selepas berlaku kesesakan sehingga empat kilometer.
“Kesesakan ini bukan lagi isu operasi yang boleh dipandang ringan sebagai ketidakcekapan sementara atau gangguan terpencil,” katanya.
Advertisement





