Sat, 30 May 2026
Headlines:
Buaya ditembak di Kg Petagas, penduduk tingkat tahap waspada
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Buaya ditembak di Kg Petagas, penduduk tingkat tahap waspada
SEEKOR buaya dikesan berhampiran Sungai Petagas.
PUTATAN: Seekor buaya ditembak pada petang Isnin di Kampung Petagas dekat sini oleh sepasukan anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Seorang nelayan, Syazwan Ajim, berkata pasukan hidupan liar berjaya menembak buaya itu namun reptilia berkenaan kemudian menghilangkan diri ke dalam sungai.

Advertisement
Katanya, penduduk kampung akan memantau sungai berkenaan dalam beberapa hari akan datang bagi mencari bangkai buaya itu selain melahirkan rasa lega terhadap usaha mengawal reptilia terbabit yang sekian lama menimbulkan kebimbangan penduduk terutama nelayan.

Bagaimanapun, katanya lebih lima ekor buaya dipercayai masih berada di sungai itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun belum ada kes melibatkan kematian manusia dilaporkan, ternakan seperti kambing sebelum ini pernah diserang reptilia itu.

“Penduduk kampung masih berhati-hati kerana buaya antara pemangsa paling digeruni dan penduduk trauma setiap kali melihat buaya bertarung di tebing Sungai Petagas,” katanya.

Advertisement
Ramai penduduk tidak lagi pergi ke sungai untuk mandi atau melakukan aktiviti lain kerana takut diserang buaya.

Bagaimanapun, nelayan masih bergantung kepada sungai itu dan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika menaiki bot serta memeriksa keadaan sekeliling bagi mengelakkan kemungkinan diserang.

Advertisement
Syazwan berkata buaya yang masih tinggal akan ditembak jika muncul semula dan berharap pihak berkuasa dapat menghapuskan ancaman itu supaya penduduk berasa lebih selamat.

Sementara itu di Weston, lima ekor buaya dilaporkan muncul di bawah rumah seorang penduduk sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung.

Penduduk, Mohd Nur Fadilah Ahmad, berkata reptilia itu muncul di bawah rumahnya dan beliau bimbang terhadap keselamatan dua anak kecilnya.

“Saya berharap Jabatan Hidupan Liar Sabah segera menangani ancaman buaya yang dihadapi penduduk Weston. Kanak-kanak yang suka mandi berhampiran jeti juga perlu mengelakkan daripada berbuat demikian kerana papan tanda amaran buaya telah dipasang di situ,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here