Fri, 29 May 2026
Headlines:
Sabah tidak rugi projek Samur
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
Text Size:
Text:
Sabah tidak rugi projek Samur
Kota Kinabalu: Syarikat milik kerajaan negeri, SMJ Energy Sdn Bhd, menafikan dakwaan di media sosial bahawa Sabah berada di pihak yang rugi dalam pelaburannya dalam projek Sabah Ammonia Urea (Samur) di Sipitang.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata menerusi SMJ Energy, Sabah memegang kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam Petronas Chemicals Fertilizer Sabah Sdn Bhd (PCFSSB), pengendali Samur, di bawah perjanjian kerjasama komersial dengan Petronas.

Advertisement
“Sejak pemeteraian Perjanjian Pembelian Saham pada April 2023, dividen telah disalurkan terus ke tabung negeri yang memberi manfaat kepada negeri dan rakyat,” menurut kenyataan itu.

“Cadangan bahawa Sabah memperoleh sedikit saja manfaat daripada Samur adalah tidak berasas dan mengabaikan syarat komersial yang menguntungkan serta keputusan strategik yang membolehkan pemilikan dalam salah satu aset petrokimia terpenting di rantau ini,” kata SMJ Energy pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
SMJ Energy berkata Samur diiktiraf sebagai fasiliti baja berbutir satu-barisan terbesar di Asia Tenggara dan ketiga terbesar di Asia Pasifik, yang dibina di Sipitang serta dikuasakan menggunakan gas Sabah, sekali gus menjadikan negeri ini pemain utama dalam industri baja dan petrokimia serantau.

Menurutnya, pembangunan itu memberi manfaat bukan sahaja kepada Sipitang malah menarik pelaburan besar, mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, logistik, perumahan, hospitaliti dan perkhidmatan teknikal.

Advertisement
Katanya, perkembangan itu mewakili pertumbuhan jangka panjang yang semakin dirasai komuniti di Sipitang dan kawasan sekitarnya.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa Kerajaan Sabah akan terus meneruskan pelaburan strategik serta memperkukuh kerjasama dengan Petronas dan pemain industri lain bagi memastikan sumber asli negeri menjana manfaat ekonomi mampan.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, mengecam hantaran Facebook Mawar Channel berhubung projek Samur di Sipitang yang disifatkannya sebagai “palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah” terhadap Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Nizam berkata, Samur menghasilkan baja urea siap di Sabah dengan 25 peratus pegangan ekuiti dimiliki SMJ Energy, sekali gus memberi manfaat kepada negeri melalui keuntungan, dividen dan peluang pekerjaan.

PGRS turut memberi amaran akan mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana saluran itu menggunakan imej Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam propaganda politik.

Saluran itu, dalam hantarannya, membuat dakwaan antara lain ammonia dan urea yang dihasilkan di Sabah dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk diproses menjadi baja dan Sabah tidak menerima manfaat secara langsung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here