Sat, 30 May 2026
Headlines:
JPJ Sabah lancar Op Aidiladha khas 24-31 Mei
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
JPJ Sabah lancar Op Aidiladha khas 24-31 Mei
Kota Kinabalu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melancarkan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha bermula 24 hingga 31 Mei di seluruh negeri.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali (gambar), berkata operasi itu bertujuan memastikan kelancaran trafik, meningkatkan pematuhan terhadap peraturan jalan raya, memperkukuh kecekapan pengangkutan awam serta mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya.

Advertisement
Katanya, penguatkuasaan akan memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan utama yang sering dikaitkan dengan kemalangan maut, termasuk memandu laju, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, gagal memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, membawa muatan berlebihan bagi kenderaan berat dan pemanduan berbahaya.

Harris berkata pasukan penguat kuasa diarahkan meningkatkan Persepsi Untuk Ditangkap (POBC) di 18 lokasi berisiko kemalangan di seluruh negeri melalui penguatkuasaan fizikal, rondaan, operasi penyamaran dan pemeriksaan mengejut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pasukan itu juga akan membantu pengguna jalan raya sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kemalangan.

Katanya, tiada sekatan perjalanan dikenakan terhadap kenderaan barangan sepanjang tempoh operasi, namun pengendali perlu mematuhi syarat permit dan mengelakkan muatan berlebihan.

Advertisement
Dari 24 hingga 26 Mei, sebanyak 4,243 kenderaan diperiksa dengan tindakan diambil terhadap 481 kenderaan manakala 11 lagi disita.

Antara 1 Januari hingga 21 Mei tahun ini, JPJ Sabah memeriksa 227,235 kenderaan dengan tindakan diambil terhadap 21,339 kenderaan persendirian, 6,294 kenderaan barangan dan 633 kenderaan perkhidmatan awam.

Advertisement
Beliau turut berkata JPJ akan meneruskan Ops Luxury terhadap kenderaan mewah yang tidak mempunyai cukai jalan atau insurans sah, sambil menambah sebanyak 34 kenderaan mewah, termasuk BMW, Porsche, Audi, Mercedes-Benz, Toyota Supra dan Lexus telah disita setakat ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here