Sat, 30 May 2026
Headlines:
Lima ditahan, syabu dan ketum dirampas
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lima ditahan, syabu dan ketum dirampas
LAHAD DATU: Polis menahan lima lelaki serta merampas syabu dan ketum dalam operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata dua lelaki ditahan manakala 24 liter air ketum, 1.8 kilogram serbuk ketum dan enam botol ubat batuk Dynadryl dirampas dalam serbuan di sebuah ladang di Silabukan.

Advertisement
Beliau berkata tiga lagi suspek ditahan dalam operasi berasingan menerusi Ops Tapis di belakang bangunan sebuah pasar raya besar di Jalan Reno Fajar.

“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa paket syabu seberat 5.59 gram. Semua suspek juga didapati positif dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Salah seorang suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya, menambah semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dzulbaharin menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan berkaitan dadah.

Advertisement
Beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada IPD Lahad Datu di talian 089-881999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here