Fri, 22 May 2026
Headlines:
Warga emas hilang ditemui meninggal dunia
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Warga emas hilang ditemui meninggal dunia
TAMBUNAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak petang Isnin, selepas keluar menjala ikan di sungai berhampiran kampungnya, ditemukan meninggal dunia di bawah Jambatan Kampung Nauduh, di sini, pagi Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Markus Antigang, yang dikhuatiri hilang selepas keluar bersendirian untuk menjala ikan di sungai berhampiran kampung berkenaan kira-kira jam 4 petang.

Advertisement
Kegagalan mangsa pulang ke rumah sehingga malam menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya, sebelum usaha pencarian awal dilakukan oleh keluarga di sepanjang tebing sungai dari sempadan Kampung Minodung hingga kawasan bawah Tambunan Village Resort Centre (TVRC).

Anak mangsa, Mourie Markus, berkata usaha pencarian awal bagaimanapun gagal menemui sebarang petunjuk, menyebabkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan daripada Polis Diraja Malaysia Tambunan mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan yang diketuai Penyelia Operasi, PPgB Darren John, kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Advertisement
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara bersepadu membabitkan pelbagai agensi, termasuk 11 anggota polis, sembilan anggota Jabatan Penjara, 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 15 sukarelawan Gallen Star, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS), lima anggota Lobou Lobou Crew serta penduduk kampung.

Pada hari kedua pencarian, sebaik tiba di lokasi pangkalan operasi pada jam 8.10 pagi, pasukan penyelamat melaksanakan teknik pencarian di permukaan air di sepanjang sungai berhampiran.

Advertisement
Mangsa akhirnya ditemukan pada jam 9.42 pagi di bawah Jambatan Nauduh oleh anak mangsa sendiri, yang turut serta dalam operasi pencarian bersama penduduk kampung. Bagaimanapun, , suasana bertukar pilu apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Operasi SAR ditamatkan secara rasmi oleh pihak polis pada jam 10 pagi, dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here