Kota Kinabalu: Masyarakat Sabah menetap di Australia Barat terus mengekalkan tradisi melalui usaha Sabah Indigenous Society of Western Australia (Siswa) yang kini dipimpin oleh presiden Edwinna Otigil.
Setiausaha Siswa Rohana Ramlee yang juga presiden pengasas berkata pihaknya telah mengumpulkan seramai mungkin warga Sabah bagi menjadikan aktiviti lebih menyeronokkan dan bermakna di samping mengadakan usaha pengumpulan dana untuk memastikan kelestarian.
Rohana menjelaskan bahawa aktiviti yang diadakan termasuklah kelas bahasa Kadazan, walaupun sebahagiannya bertujuan menarik lebih ramai rakyat Sabah di Perth menjelang Kaamatan Perth 2026.
“Selain itu turut diadakan kelas memasak hidangan tradisi seperti Hinava (salad ikan mentah), Pinasakan Sada (ikan dalam sup masam) serta kelas membuat Lihing (minuman tradisi).




X500px(H).jpg)


