Fri, 15 May 2026
Headlines:
Kumpulan Sawit Kinabalu serah zakat RM4.5 juta
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
Text Size:
Text:
 Kumpulan Sawit Kinabalu serah zakat RM4.5 juta
HAZEM (kedua dari kiri) menyerahkan cek cura RM4.5 juta kepada Isnin (ketiga dari kanan) disaksikan Musa (ketiga dari kiri).
Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.5 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Musa mewakili Kumpulan Sawit Kinabalu kepada

Advertisement
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Isnin Aliasnih sambil disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Isnin ketika ditemui media memaklumkan jumlah kutipan zakat di Sabah bagi 2026 setakat 13 Mei ini adalah sebanyak RM60.45 juta manakala jumlah agihan zakat mencatat RM65.85 juta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, zakat penggajian merekodkan kutipan tertinggi iaitu RM24.06 juta atau 39.8 peratus daripada keseluruhan kutipan zakat di negeri ini, diikuti zakat perniagaan sebanyak RM14.64 juta bersamaan 24.23 peratus.

Menurutnya, bagi agihan zakat pula, golongan fakir menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.19 juta atau 38.27 peratus, diikuti asnaf miskin RM11.73 juta dan fisabilillah RM9.84 juta.

Advertisement
Turut menyaksikan penyerahan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Datuk Ramlan Awang Ali.

Sementara itu, Hazem memaklumkan penyerahan zakat tersebut merupakan hasil kutipan zakat perniagaan anak syarikat Sawit Kinabalu iaitu Borneo Samudera Sdn Bhd bagi tahun haul 2024 dan 2025.

Advertisement
Beliau menegaskan, Kumpulan Sawit Kinabalu terus komited melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat perniagaan sejajar dengan prestasi kewangan syarikat yang mampan dan berkembang.

Katanya, usaha itu merupakan satu amanah yang diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada golongan memerlukan selain menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui institusi zakat negeri.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah syarikat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here