Fri, 22 May 2026
Headlines:
Ibu saudara dedah dakwaan fitnah terhadap ibu Zara
Published on: Wednesday, May 20, 2026
Published on: Wed, May 20, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ibu saudara dedah dakwaan fitnah terhadap ibu Zara
IBU Zara bersama Nur Shira ketika tiba di mahkamah pada Selasa.
Kota Kinabalu: Ibu saudara Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan senarai individu termasuk pengguna media sosial dan pempengaruh yang didakwa memulakan pelbagai naratif memburukkan ibu Zara termasuk dakwaan “bunuh diri” di media sosial.

Nur Shira Abdullah, 46, mendedahkan perkara itu ketika diminta peguam Shahlan Jufri menjelaskan lanjut mengenai dokumen yang diserahkan kepada pasukan perundangan pada Selasa.

Advertisement
Menurut Nur Shira beliau sempat mengambil tangkap layar beberapa komen dan hantaran yang tular di media sosial sebelum inkues bermula pada September tahun lalu.

“Dokumen yang saya tunjukkan kepada pasukan perundangan berkaitan beberapa komen dan hantaran yang saya rakam di media sosial.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kebanyakan komen itu datang daripada beberapa akaun yang memulakan naratif negatif terhadap ibu Zara dan didakwa mendakwa mereka memperoleh bukti daripada pihak berkuasa.

“Kemudian terdapat akaun TikTok yang memuat naik kandungan diari yang sama seperti dokumen dikemukakan di mahkamah sebelum inkues bermula lagi,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata pemilik akaun terbabit kemudian memadam semua hantaran selepas inkues bermula namun beliau berjaya menyimpan tangkap layar beberapa hantaran sebagai bukti kewujudan akaun tersebut.

Nur Shira turut memberi keterangan bahawa beliau telah membuat banyak laporan berhubung hantaran dan komen di media sosial itu namun setakat ini tiada tindakan diambil.

Advertisement
Menjawab beberapa soalan tambahan beliau turut memberitahu koroner bahawa terdapat seorang pempengaruh media sosial yang didakwa bertindak sebagai orang tengah antara guru dan pihak sekolah bagi beberapa ibu bapa yang menjadi deponen dalam inkues itu.

“Individu itu bukan sesiapa di sekolah. Selepas saya menyiasat latar belakangnya, saya mendapati dia memiliki ijazah dalam kaunseling tetapi bukan kaunselor bertauliah.

“Persoalan saya ialah mengapa pihak sekolah melibatkan individu yang tidak berkelayakan untuk memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat. Sama ada secara rasmi atau tidak rasmi saya tidak dapat sahkan kerana semua hantaran individu itu mendakwa sedemikian,” katanya.

Nur Shira turut mendedahkan terdapat seorang doktor yang didakwanya sangat prejudis terhadap keluarganya dan antara hantaran doktor tersebut mendakwa keluarga mereka telah memburukkan polis, sekolah dan hospital.

“Kebanyakan komen menyalahkan ibu Zara dengan mendakwa dia mahu mencari publisiti daripada kematian anaknya,” katanya.

Sepanjang prosiding berlangsung 11 video memaparkan Zara bersama keluarganya turut dimainkan di mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here