Fri, 15 May 2026
Headlines:
Ribut rosakkan 22 rumah di Labuan
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Ribut rosakkan 22 rumah di Labuan
ANTARA rumah yang terjejas.
LABUAN: Sebanyak 22 rumah di kawasan perumahan berhampiran Tanjung Aru, di sini, rosak teruk akibat ribut kuat menyerupai puting beliung pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, angin kencang menerbangkan bumbung rumah, merosakkan beberapa kenderaan dan menumbangkan pokok besar di kawasan berhampiran. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan, Abdul Rahman Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 malam sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Setibanya di lokasi, kawasan perumahan itu berada dalam keadaan gelap susulan gangguan bekalan elektrik. Beberapa jalan turut terhalang akibat serpihan dan objek tumbang.

“Kami tidak dapat menentukan jumlah sebenar penduduk terjejas kerana ramai telah berpindah sementara ke rumah saudara masing-masing,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata anggota bomba memberi tumpuan kepada kerja membersihkan jalan serta mengalihkan serpihan bagi memastikan kawasan selamat untuk penduduk dan laluan kecemasan.

“Beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran rumah terjejas turut rosak akibat dihempap serpihan, manakala beberapa pokok besar di sekitar kawasan itu tumbang akibat angin kencang,” katanya.

Advertisement
Salah seorang mangsa, Azahar Aziz, 36, berkata ketika kejadian dia berada di rumah bersama ibu bapa dan adik-beradiknya.

“Ia bermula dengan hujan diikuti kilat dan angin kuat. Apabila kami menyedari angin semakin kencang, kami segera menutup tingkap.

Advertisement
“Tidak lama kemudian, bumbung rumah diterbangkan angin dan rumah dinaiki air. Kami kini menumpang di rumah saudara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here