Thu, 14 May 2026
Headlines:
Umno Sabah teguh pertahan institusi TYT
Published on: Tuesday, May 12, 2026
Published on: Tue, May 12, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Umno Sabah teguh pertahan institusi TYT
Samasuddin, yang juga Ketua Bahagian Umno Kalabakan, menegaskan komitmen dan tekad Umno Sabah itu juga selaras dengan Umno Pusat yang melihat kestabilan politik sebagai asas penting kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.
TAWAU: Sekalipun zaman bersilih-ganti namun Umno Sabah tetap utuh meneruskan perjuangan dan komitmen dalam mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah Samasuddin Yusop berkata Institusi TYT bukan sekadar simbol rasmi pentadbiran negeri tetapi institusi yang wajib dihormati dan dipelihara oleh seluruh rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. 

Advertisement
“Berteraskan semangat ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, Umno Sabah bertekad terus mengukuhkan perjuangan mempertahankan Institusi TYT, memelihara kestabilan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“ Umno Sabah berdiri teguh mempertahankan keluhuran Institusi TYT ini demi memastikan keharmonian dan kestabilan negeri terus terjamin,” katanya ketika mengulas Hari Ulang Tahun ke-80 Umno Malaysia, di sini pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Samasuddin, yang juga Ketua Bahagian Umno Kalabakan, menegaskan komitmen dan tekad Umno Sabah itu juga selaras dengan Umno Pusat yang melihat kestabilan politik sebagai asas penting kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Lebih-lebih lagi, sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946, Umno konsisten mengutamakan perjuangan asasnya mempertahan maruah bangsa, kedaulatan tanah air, hak bumiputera dan keluhuran Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kestabilan negara sehingga kini.

Advertisement
Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri juga perlu terus dipelihara dalam usaha untuk memastikan agenda pembangunan dan kepentingan rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan.

“Pada masa sama, kita sentiasa menjunjung semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asas pembentukan Malaysia serta komited mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah, termasuk hak-hak bumiputera secara adil dan berhemah,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau percaya perjalanan Umno selama 80 tahun ini membuktikan organisasi politik itu mempunyai pengalaman yang panjang, penuh dengan sejarah perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Sempena sambutan ulang-tahun Umno ke-80 kali ini, Umno Sabah merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli, pejuang-pejuang veteran, jentera akar umbi dan rakyat yang terus bersama mendukung perjuangan parti ini sejak dahulu sehingga hari ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here