Thu, 14 May 2026
Headlines:
21 warga asing dipenjara, didenda atas pelbagai kesalahan imigresen
Published on: Tuesday, May 12, 2026
Published on: Tue, May 12, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
21 warga asing dipenjara, didenda atas pelbagai kesalahan imigresen
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dari Gambia dan seorang lelaki dari Jerman antara 21 individu yang dibawa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Louis Chaw, 36, bersama 20 lagi individu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Advertisement
Chaw didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana tinggal di negeri ini selepas Pas Khas yang dimilikinya tamat tempoh pada 31 Julai 2025 menyebabkan dia tinggal lebih masa selama lapan bulan 23 hari.

Dia ditahan pada 23 April lalu jam 10.45 pagi di kaunter hadapan Unit Rujukan dan Kompaun, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu warga Jerman yang didakwa atas kesalahan memasuki negara ini secara haram akan disebut semula pada 8 Jun depan bagi mendapatkan jurubahasa bahasa Jerman.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu direman lanjut sehingga tarikh tersebut.

Dalam pada itu seorang warga Pakistan dan tiga warga Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan 12 bulan kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen perjalanan mereka tamat tempoh.

Advertisement
Seorang lagi pesalah dipenjara enam bulan dan dikenakan satu sebatan kerana melanggar syarat dokumen perjalanan yang dimilikinya.

Manakala selebihnya dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Mereka ditahan secara berasingan di beberapa lokasi termasuk Ranau, Sipitang, Kudat dan bandar raya ini dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Kesemua mereka termasuk Louis turut diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Bagi mereka yang dijatuhi hukuman penjara, mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here