Kota Kinabalu: Liane Melve Grace Lias muncul juara pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Bandaraya Kota Kinabalu 2026 sekali gus menewaskan 14 peserta lain pada acara yang berlangsung pada Ahad.
Kemenangan itu melayakkan Liane membawa pulang wang tunai bernilai RM12,000 beserta mahkota, trofi dan jambangan bunga seterusnya mewakili Bandaraya Kota Kinabalu ke pertandingan akhir UNK peringkat negeri yang dijadual berlangsung pada 31 Mei ini di Hongkod Koisaan, KDCA.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Bagi kategori khas KDCA, Joyce Nia David dinobatkan sebagai Unduk Ngadau KDCA Tanjung Aru selaku naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta tiara, trofi dan jambangan bunga.
Tempat ketiga pula dimenangi Felecity Chen Sing Yee menerusi gelaran Unduk Ngadau KDCA Bandaraya yang membawa pulang wang tunai RM8,000 beserta tiara, trofi dan jambangan bunga.
Sementara itu Sharlene Adelaide Alexandra menduduki tempat keempat disusuli Nicole Lynn Maurice di tempat kelima, Jacqueency Jwen John di tempat keenam dan di tempat ketujuh Divya Flavia Chai masing-masing membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan.