Mon, 11 May 2026
Headlines:
Lelaki maut terkena renjatan di atas bumbung bangunan
Published on: Sunday, May 10, 2026
Published on: Sun, May 10, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Lelaki maut terkena renjatan di atas bumbung bangunan
ANGGOTA bomba sedia menurunkan mangsa.
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas bumbung sebuah bangunan di Restoran Sepanggar Seafood Village, Karambunai, pada Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 2.16 petang.

Advertisement
Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 33 kilometer dari balai.

Menurut JBPM, operasi itu melibatkan sebuah jentera FRT dan kenderaan EMRS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Komander Operasi PBK I Christy Foo berkata mangsa yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan di atas bumbung selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menurunkan mangsa menggunakan pengusung,” katanya.

Advertisement
Bagaimanapun, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lelaki terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan pada jam 3.06 petang selepas kawasan disahkan selamat.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here