Sun, 10 May 2026
Headlines:
Lelaki didenda RM1,800 kerana pukul pekerja pusat hiburan
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didenda RM1,800 kerana  pukul pekerja pusat hiburan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 27 tahun didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana menyerang seorang lelaki di luar sebuah pusat hiburan di Bundusan tahun lalu.

Affendy Junior Adzlin mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan bersama empat lagi individu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Lee Yee Hoow di luar Birds Club, Bundusan, Penampang pada jam 4.40 pagi, 25 Dis 2025.

Advertisement
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa pengadu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada jam 5.38 petang hari sama dengan mendakwa dia dipukul sekumpulan lelaki yang merupakan pelanggan di kelab tempat dia bekerja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan mendapati kejadian bermula selepas pengadu membaling ketulan ais ke arah kumpulan lelaki terbabit sehingga mencetuskan pertengkaran.

Pengadu kemudian dipukul beberapa lelaki sebelum mendapatkan bantuan polis.

Advertisement
Polis menahan Affendy pada 25 Dis 2025 kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Beberapa lelaki lain turut dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Siasatan polis mendapati pengadu mengalami kecederaan termasuk luka pada kening kanan, lebam pada siku kanan dan bengkak di dahi akibat dipukul.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 38 tahun didenda RM1,400 atau penjara sebulan kerana memiliki tiket loteri awam haram.

Ernie Kopitan mengaku bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memiliki satu tiket loteri awam “Wa Hui” tanpa lesen dan satu lagi tiket mengandungi catatan berkaitan kegiatan loteri haram itu.

Dia melakukan kesalahan itu di Restoran Dhazli Nasi Kandar, Indah Permai, Jalan Sepanggar pada jam 5 petang, 9 Feb lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu sepasukan polis menjalankan operasi di restoran berkenaan dan mendapati Ernie terbabit dalam kegiatan perjudian “Wa Hui”.

Dia kemudian ditahan dan beberapa barangan dirampas dalam operasi itu.

Siasatan lanjut mendapati barangan yang dirampas telah dianalisis pakar perjudian yang mengesahkan bahan berkenaan adalah tiket loteri awam “Wa Hui” tanpa lesen serta slip pertaruhan dicetak menggunakan pencetak mudah alih.

Polis turut mendapati telefon bimbit yang dirampas daripada Ernie digunakan untuk mengakses aplikasi dikenali sebagai “Menang88” yang membolehkan pengguna memasukkan nombor pertaruhan dibeli pelanggan.

Ernie, menerusi peguam dilantik, merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan ibu tunggal kepada lima anak yang bergantung sepenuhnya kepadanya.

Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran selain memohon wang tunai RM65 yang dirampas dalam operasi itu dilucut hak.

Mahkamah memerintahkan wang berkenaan dilucut hak kepada kerajaan sebagai hasil negara.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here