Sun, 10 May 2026
Headlines:
Pekerja taska didakwa dera, cederakan kanak-kanak, 4
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pekerja taska didakwa dera, cederakan kanak-kanak, 4
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pekerja wanita sebuah taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera dan menyebabkan kecederaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, empat bulan lalu.

Siti Nazwa Ahadin, 25, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak terbabit di Pusat Asuhan Nur, Telipok pada 16 Jan lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk pengurusan kes pra-bicara dan Siti Nazwa dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu pelupusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim hadir bagi pihak pendakwaan manakala Siti Nazwa diwakili peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence.

Advertisement
Dalam kes berasingan, dua warga Indonesia dipenjara kerana memasuki negeri ini secara haram dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Bagi warga Indonesia pertama, dia dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram manakala seorang lagi dipenjara enam bulan kerana tinggal di negeri ini selepas pasportnya tamat tempoh.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Selepas selesai menjalani hukuman, mahkamah memerintahkan kedua-duanya dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here