Kota Kinabalu: Sabah mencatat langkah signifikan dalam sektor kesihatan dengan pelancaran Malaysian Children’s Hospice Kota Kinabalu (MCHKK), yang pertama seumpamanya di negeri ini, bagi menyokong kanak-kanak dengan penyakit yang mengancam nyawa serta keluarga mereka menerusi penjagaan berasaskan komuniti.
Hospis itu, inisiatif Persatuan Paliatif Pediatrik Malaysia (Mappac), dilancarkan secara rasmi pada Sabtu, sekali gus menandakan peralihan daripada rawatan berpusat di hospital kepada model lebih berperikemanusiaan yang memperluas penjagaan ke rumah dan komuniti.
Merasmikan majlis bagi pihak Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Dr Bonaventure Boniface berkata inisiatif itu mencerminkan keperluan untuk mengutamakan maruah dan kualiti hidup seiring rawatan perubatan.
“Walaupun kemajuan perubatan terus berkembang, kita perlu mengiktiraf bahawa sesetengah kanak-kanak memerlukan bukan rawatan penyembuhan, tetapi penjagaan yang mengutamakan keselesaan, maruah dan kualiti hidup,” katanya.
Advertisement






