SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Operasi itu turut membawa kepada rampasan dua bot dan dua enjin yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan.
Menurut kenyataan KPDN pada Jumaat, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM63,208.60 dan kementerian membuka dua kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.
KPDN turut memberi amaran tegas kepada individu atau syarikat yang terbabit supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.
Menurut kementerian itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 122 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya.
Sementara itu, di KUDAT, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kudat menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 4,000 liter petrol dipercayai untuk dibawa ke negara jiran dalam operasi di perairan Kudat pada Khamis.
Pengarah Maritim Zon Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata kejayaan itu hasil maklumat risikan serta rondaan penguatkuasaan menerusi Op Sejahtera, Op Cegah PATI, Op Tiris dan Op Naga.
Beliau berkata sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira 1.5 batu nautika timur laut Pulau Linggisan sebelum dipintas bot ronda Maritim Malaysia.
“Bagaimanapun, kru bot terbabit bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa tong drum berisi petrol dianggarkan kira-kira 4,000 liter, yang dipercayai cuba diseludup ke Filipina,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki dan membawa barang kawalan tanpa permit atau dokumen sah.
Bot serta muatan yang dirampas dibawa ke jeti Lembaga Bandaran Kudat untuk tindakan lanjut.
Hasbullah berkata Maritim Malaysia akan terus memperketat kawalan dan rondaan keselamatan di perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan diminta menyalurkannya menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Kudat di talian 088-611858 untuk tindakan segera.







