Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
MyIPO Nextgen pacu komersial harta intelek negara
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
MyIPO Nextgen pacu komersial harta intelek negara
Mengulas lanjut Armizan berkata fokus itu bukan saja akan memperkukuh kedaulatan teknologi tempatan, malah memastikan harta intelek menyumbang secara signifikan kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan matlamat ekonomi Madani yang inklusif dan berdaya saing.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melancarkan kerangka transformasi strategik dikenali sebagai MyIPO Nextgen bagi tempoh 2025 hingga 2030 bagi memperkukuh peranan harta intelek sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelan strategik lima tahun itu menggariskan anjakan penting daripada melihat harta intelek sekadar sebagai instrumen perlindungan undang-undang kepada aset strategik yang mampu menjana nilai ekonomi tinggi.

Advertisement
“Transformasi MyIPO Nextgen ini digerakkan melalui tiga teras utama iaitu pemodenan perundangan, pendigitalan perkhidmatan serta pengkomersialan harta intelek dan langkah ini penting untuk memastikan ekosistem harta intelek negara lebih responsif, cekap dan selari dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri semasa.

“Inisiatif berkenaan turut menjadi komponen kritikal dalam menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang meletakkan inovasi serta pengkomersialan harta intelek sebagai antara enjin pertumbuhan ekonomi baharu negara,” katanya dalam satu kenyataan sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 (HHIN2026) baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas lanjut Armizan berkata fokus itu bukan saja akan memperkukuh kedaulatan teknologi tempatan, malah memastikan harta intelek menyumbang secara signifikan kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan matlamat ekonomi Madani yang inklusif dan berdaya saing.

Katanya dalam memperkasa ekosistem itu MyIPO turut memberi penekanan kepada pembangunan rantaian nilai pengkomersialan harta intelek termasuk melahirkan lebih ramai penilai harta intelek bertauliah.

Advertisement
“Selain itu usaha memperluas advokasi pembiayaan berasaskan harta intelek kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pemerkasaan Akademi Harta Intelek juga terus dipergiat.

“Akademi ini memainkan peranan penting dalam menyediakan kursus pengurusan dan pengkomersialan harta intelek yang memenuhi standard antarabangsa sekali gus meningkatkan keupayaan pemain industri tempatan,” katanya.

Advertisement
Dalam perkembangan sama Armizan memaklumkan bagi tempoh 2024 hingga 2025, Malaysia merekodkan sebanyak 15,350 permohonan paten dan 115,852 permohonan cap dagangan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 118 permohonan paten adalah berkaitan bidang sukan manakala 1,812 permohonan cap dagangan melibatkan produk serta perkhidmatan sukan dengan 28.5 peratus daripadanya merupakan permohonan tempatan,” katanya.

Bercakap mengenai sambutan Hari Harta Intelek Sedunia beliau berkata sambutan yang diraikan setiap 26 April itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan perlindungan harta intelek dalam memacu inovasi dan kreativiti.

Bagi tahun ini katanya tema ‘IP & Sukan: Dari Idea ke Podium’ dipilih bagi menonjolkan hubungan erat antara harta intelek dan pembangunan industri sukan kerana dunia sukan hari ini bukan sekadar mengenai prestasi atlet di gelanggang tetapi turut didorong oleh inovasi teknologi, penjenamaan dan penciptaan nilai melalui harta intelek.

“Justeru pendekatan holistik ini penting untuk memastikan industri sukan negara terus berkembang secara mampan dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here