Sun, 10 May 2026
Headlines:
Perketat dasar kemasukan, tangani kes tipu rentas negara
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Perketat dasar kemasukan, tangani kes tipu rentas negara
Philip Yap berkata kes penipuan rentas negara yang berlaku di Tawau sejak kebelakangan ini jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi penguatkuasaan berkaitan digesa agar memperketatkan dasar kemasukan warga asing bagi membendung kegiatan sindiket penipuan yang menjadikan Sabah sebagai pusat operasi haram mereka.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata kes penipuan rentas negara yang berlaku di Tawau sejak kebelakangan ini jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement
Menurutnya, pada 7 April lalu, polis Tawau melancarkan serbuan di sebuah resort di daerah ini dan menahan 80 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan, termasuk 78 warga China serta masing-masing seorang warga Myanmar dan Laos.

Manakala, genap sebulan iaitu pada 7 Mei pula, polis sekali lagi menjalankan operasi di Bandar Sri Indah (BSI) dan menahan 28 lagi individu (27 daripadanya warga China) yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Philip berkata, kejadian yang berlaku secara berulang menyebabkan masyarakat tempatan berasa resah dan bimbang, malah terdapat segelintir masyarakat yang mula mempunyai salah tanggapan terhadap pelancong asing akibat kekerapan kes seperti ini dilaporkan.

“Kita perlu jelaskan bahawa majoriti pelancong dan warga asing yang datang ke Malaysia adalah individu yang mematuhi undang-undang.

Advertisement
“Apa yang perlu dibanteras ialah sindiket jenayah yang menyalahgunakan kemudahan kemasukan untuk menjalankan aktiviti penipuan, bukannya menyasarkan mana-mana rakyat dari negara tertentu,” katanya.

Beliau berkata, isu ini bukan sahaja menjejaskan imej keselamatan Tawau dan Sabah, malah boleh memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan serta hubungan antarabangsa yang sihat, sekiranya tidak ditangani dengan serius.

Advertisement
Justeru, katanya, JIM perlu memperketatkan proses kemasukan pelawat asing, termasuk mewajibkan bukti tiket penerbangan pulang, memperjelaskan tujuan kemasukan serta memperkukuh pemantauan terhadap tempoh tinggal mereka di negara ini.

“Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan atau gagal dikesan selepas memasuki negara, tindakan pengesanan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dengan segera,” tegasnya.

Philip turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemantauan penginapan seperti yang diamalkan di beberapa negara lain dan juga di China seperti maklumat penginapan warga asing di hotel perlu direkod dan dikemas kini secara terus dengan pihak berkuasa bagi memudahkan pemantauan keselamatan.

Katanya, langkah sedemikian bukanlah bertujuan menyasarkan mana-mana kumpulan, tetapi sebagai salah satu mekanisme keselamatan moden untuk mengelakkan penyalahgunaan sistem oleh sindiket jenayah.

Menurutnya, ramai mangsa penipuan terdiri daripada warga emas dan golongan pekerja biasa yang kehilangan wang simpanan hasil titik peluh mereka selama bertahun-tahun dan ada yang kehilangan simpanan persaraan serta wang hasil bekerja seumur hidup akibat tertipu.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha membanteras penipuan bukan hanya tanggungjawab pihak polis semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh sistem pencegahan.

“Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Membanteras penipuan adalah tanggungjawab bersama,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here