Sun, 10 May 2026
Headlines:
Polis berkas suspek kes remaja dikelar di Penampang
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis berkas suspek kes remaja dikelar di Penampang
PENAMPANG: Polis berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang remaja warga asing yang ditemukan cedera parah di dalam tandas di sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, Nosoob di sini tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata suspek yang juga warga asing berumur 29 tahun ditahan di kawasan semak tepi jalan di Pekan Kinarut Lama, Papar pada 5.50 petang Khamis.

Advertisement
“Suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini, lewat Khamis.

Sammy berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak saudaranya dan suspek datang ke rumah mangsa untuk berjumpa dengan kakak ipar mangsa bagi menuntut baki hutang kerja membaiki paip rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa sedang memegang sebilah pisau untuk menyiapkan masakan di dapur dan suspek mendakwa mangsa telah mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyebabkan suspek berasa marah.

Sammy berkata suspek kemudian bertindak merampas pisau daripada tangan mangsa sebelum mengelar leher dan menolak mangsa ke dinding tandas sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan leher.

Advertisement
“Selepas kejadian, suspek bertindak melarikan diri,” katanya, sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun mengalami beberapa kecederaan serius, iaitu luka kelar pada bahagian leher dan luka tetakan pada bahagian kiri kepala.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here