Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Pasar Dinihari kini beroperasi di tapak baru
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pasar Dinihari kini beroperasi di tapak baru
ALEX (kanan) bertemu dengan salah seorang peniaga di Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai.
SANDAKAN: Pasar Dinihari yang sebelum ini beroperasi di parkir kereta Pasar Besar Sandakan secara rasminya beroperasi di Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai bermula 1 Mei. 

Walau bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting Alex Wong berkata terdapat beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh peniaga, pelanggan dan penduduk sekitar Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai ketika beliau membuat tinjau keadaan pasar tersebut pada Jumaat. 

Advertisement
“Antara masalah utama dibangkitkan ialah kekurangan pencahayaan di kawasan tersebut. Lampu yang tidak mencukupi menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan selain berpotensi meningkatkan risiko berlakunya jenayah khususnya pada waktu malam.

“Selain itu akses pengangkutan ke lokasi berkenaan turut menjadi rungutan pengunjung. Ada pelanggan memaklumkan mereka perlu menggunakan dua hingga tiga jenis pengangkutan untuk sampai ke kawasan tersebut sekali gus menyukarkan pergerakan dan menjejaskan jumlah kunjungan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu Alex juga mendapat aduan mengenai susun atur gerai yang masih tidak teratur turut memberi kesan kepada peniaga. 

“Difahamkan sebahagian daripada mereka masih belum memperoleh tapak yang sesuai menyebabkan operasi perniagaan tidak dapat dijalankan secara optimum.

Advertisement
“Situasi itu diburukkan lagi dengan pilihan barangan yang terhad apabila kebanyakan gerai yang beroperasi ketika ini hanya menjual sayur-sayuran. Kekurangan gerai buah dan barangan lain menjadikan pilihan kepada pengguna agak terhad seterusnya mengurangkan daya tarikan kawasan tersebut,” jelasnya. 

Sehubungan itu katanya peniaga dan pengunjung berharap pihak berwajib dapat mengambil langkah proaktif bagi menambah baik kemudahan asas, memperkemas susun atur serta meningkatkan aksesibiliti ke kawasan berkenaan demi memastikan kelangsungan perniagaan dan keselesaan orang ramai.

Advertisement
Terdahulu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan kemudahan lebih baik serta beberapa insentif menarik antaranya yuran penjaja yang lebih rendah dan tempoh operasi dipanjang. 

Bagi menggalakkan perpindahan peniaga Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai, MPS membenarkan operasi borong dari jam 9 malam hingga 9 pagi manakala peniaga runcit boleh berniaga sehingga tengah hari. 

Langkah perpindahan ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan pasar dan tamu di Sandakan ke arah lebih tersusun serta bertujuan menampilkan imej bandar yang bersih dan mesra pelancong.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here