LABUAN: Satu kes disyaki salah guna kuasa melibatkan penjawat awam di Labuan terbongkar apabila tiga individu direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jurucakap SPRM Labuan berkata pihaknya menahan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai Penolong Jurutera Kanan di sebuah jabatan kerajaan di Labuan.
Advertisement

Menurutnya, individu berkenaan disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan menggunakan lesen syarikat kontraktor utama bagi melantik syarikat subkontraktor milik ahli keluarganya.
“Tindakan itu dipercayai melibatkan projek Pengurusan Fasiliti dan Penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.6 juta,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan Majistret Dr Melissa Chia.
Ketiga-tiga individu direman selama enam hari bermula 7 Mei hingga 12 Mei bagi membantu siasatan.