PUTRAJAYA: Sebanyak 57 kes difailkan Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) sejak ditubuhkan 1 Januari 2012.
Menerusi jumlah itu 48 kes berjaya diselesaikan manakala sembilan kes lagi masih dalam proses prosiding.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata sejak penubuhannya di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712], TRP pada 11 Februari lalu telah membuat keputusan penting berhubung kes kartel makanan ayam dengan mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
“Kes ini juga mencatatkan penalti tertinggi dalam sejarah TRP iaitu sebanyak RM415.5 juta.
Advertisement






