Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
IPD Beaufort pertama dakwa kes jual beli kad ATM di Sabah
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
IPD Beaufort pertama dakwa kes jual beli kad ATM di Sabah
WONG merakamkan gambar bersama yang hadir.
BEAUFORT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort mencatat pencapaian memberangsangkan dalam pelbagai aspek penguatkuasaan apabila menjadi yang pertama di Sabah melaksanakan pertuduhan di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan membabitkan sindiket jual beli kad ATM.

Ketua Polis Daerah, Supt Wong Leong Meng berkata kejayaan itu mencerminkan kecekapan dan komitmen berterusan pasukan polis dalam membanteras jenayah komersial di daerah berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Khas PDRM Beaufort, di sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik merekodkan 931 tangkapan sepanjang tempoh kajian, melibatkan 71 tangkapan berkaitan pengedaran dadah dan 139 tangkapan bagi kes pemilikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada jumlah itu, 92 tangkapan diklasifikasikan di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun hingga maksimum tujuh tahun serta sebatan,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 2,099.67 gram syabu turut dirampas sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement
Sementara itu, statistik kemalangan jalan raya menunjukkan penurunan apabila 392 kes direkodkan pada 2025 berbanding 443 kes pada 2024, iaitu penurunan sebanyak 51 kes atau 11.5 peratus.

Katanya, operasi trafik turut dipertingkatkan daripada 966 operasi pada 2024 kepada 1,695 operasi pada 2025, sekali gus membuktikan komitmen Bahagian Trafik dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Advertisement
Bagi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, sebanyak 47 pertuduhan direkodkan daripada 64 kes dibuka pada 2025, meningkat berbanding 41 kes pada tahun sebelumnya.

Dalam aspek jenayah keseluruhan, Bahagian Siasatan Jenayah mencatat penurunan 13 kes atau 18.3 peratus bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 berbanding tempoh sama 2024, iaitu daripada 84 kes kepada 71 kes.

Pada masa sama, kadar penyelesaian kes jenayah indeks meningkat kepada 85.9 peratus berbanding 82.1 peratus pada 2024, manakala kadar pertuduhan turut meningkat kepada 67.8 peratus berbanding 66.8 peratus sebelumnya.

Wong berkata jenayah indeks turut menunjukkan trend penurunan, manakala kadar penyelesaian kes meningkat daripada 60.9 peratus kepada 76.9 peratus, dan kadar pertuduhan melonjak daripada 52.7 peratus kepada 78.9 peratus.

Mengulas situasi banjir yang sering melanda daerah itu, beliau berkata kerjasama erat antara agensi kerajaan, pasukan penyelamat, sukarelawan dan pemimpin masyarakat menjadi kekuatan utama dalam menghadapi cabaran tersebut.

“Semangat kebersamaan ini membuktikan kekuatan daerah bukan hanya pada infrastruktur, tetapi pada kesatuan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Wong berkata perhimpunan khas tersebut merupakan yang terakhir baginya sebagai Ketua Polis Daerah selepas dinaikkan pangkat ke ACP dan akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu.

Beliau akan digantikan oleh Supt Champin Piuh.

“Sepanjang satu tahun lima bulan 12 hari saya berkhidmat di sini, saya berharap semua pegawai dan anggota terus mengekalkan semangat kerjasama bagi memastikan daerah ini kekal aman,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah, Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Ruslan Muharam serta Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here