Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Keputusan akhir kes pendakwaan Ebit Lew diketahui 30 April
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Keputusan akhir kes pendakwaan Ebit Lew diketahui 30 April
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret Tenom menetapkan 30 April ini bagi keputusan kes pendakwaan melibatkan pendakwah Ebit Irawan Lew atau Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual.

Perkara itu disahkan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Ebit Lew dalam perbicaraan yang dijalankan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani sejak September 2022 dengan 18 saksi pendakwaan memberi keterangan.

Advertisement
“Disahkan pada 30 April ini,” katanya dalam mesej ringkas kepada Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab manakala Ebit Lew diwakili Ram Singh serta peguam Kamarudin Mohmad Chinki dan Prabjit Singh Gill.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here