Sat, 30 May 2026
Headlines:
Perlu tindakan rentasi parti politik: Ewon
Published on: Monday, May 04, 2026
Published on: Mon, May 04, 2026
Text Size:
Text:
Perlu tindakan rentasi parti politik: Ewon
Ewon berkata Upko menyokong pelbagai pendekatan dan platform untuk memajukan tuntutan berkenaan.
Tenom: Tuntutan 40 peratus hak hasil negeri kekal menjadi fokus utama dalam usaha berterusan menuntut hak Sabah, kata Datuk Ewon Benedick.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu berkata perkara terbabit memerlukan tindakan bersama merentasi semua parti politik.

Advertisement
Beliau berkata Upko menyokong pelbagai pendekatan dan platform untuk memajukan tuntutan berkenaan.

Ini termasuk saluran melalui Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah penglibatan awam seperti bengkel, forum dan program kesedaran juga memainkan peranan.

Katanya, hak Sabah adalah milik semua rakyat negeri ini dan harus diperjuangkan secara bersama selain perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat amat penting bagi memajukan perkara terbabit.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Upko yang dianjurkan oleh Upko Tenom di Padang Pekan Tenom. Ewon berkata Upko secara konsisten memperjuangkan kepentingan Sabah sejak penubuhannya.

Katanya, ia berasaskan 17 matlamat yang digariskan dalam perlembagaan parti.

Advertisement
Beliau berkata antara matlamat berkenaan adalah untuk menuntut pelaksanaan hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau turut mengiktiraf usaha Kerajaan Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sebanyak 13 perkara berkaitan hak Sabah telah dilaksanakan setakat ini.

Satu Rang Undang-Undang berkaitan pengurusan alam sekitar dan sisa pepejal dijangka dibentangkan di Dewan Undangan Negeri tahun ini.

Mengenai tuntutan 40 peratus, beliau berkata cadangan berkenaan merangkumi sumber hasil seperti kutipan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam.

Katanya, perkara itu telah disampaikan sebagai pendirian rasmi Kerajaan Sabah dan dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 di Parlimen pada Mac lalu.

Isu itu masih dalam perbincangan termasuk perkara berkaitan perkongsian data.

Beliau berkata usaha menuntut hak terbabit akan diteruskan melalui saluran kerajaan dengan kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here