Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Seorang lagi suspek kes curi kenderaan ditahan
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Seorang lagi suspek kes curi kenderaan ditahan
KENINGAU: Seorang lagi suspek dipercayai terlibat sindiket curi kereta di daerah ini ditahan di kawasan Jalan Durok pada Selasa.

Suspek kedua berumur 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam susulan tangkapan suspek pertama yang diberkas di salah sebuah kampung di daerah ini pada malam Ahad lalu.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat dan risikan berkaitan laporan kenderaan jenis Isuzu Space Cab bernombor pendaftaran SS8750E yang telah hilang disyaki dicuri di hadapan rumah di Kampung Maras-Karas, Tambunan pada 31 Mac lalu sekitar jam 7.30 malam.

Berikutan tangkapan itu katanya, polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya mengesan dan merampas empat buah kereta dan dua buah motosikal di kawasan kebun sawit berhampiran Kampung Membulu, Sook.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil semakan kenderaan yang dijumpai bersabit kes kehilangan kenderaan yang dilaporkan di Keningau, Penampang dan Papar.

“Suspek pertama mengaku bersama lima rakan sejenayahnya yang masih bebas terlibat dengan kes kecurian kenderaan di sekitar Keningau, Papar dan Penampang,” katanya.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here