Thu, 30 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
98 peratus kes di Sabah libatkan dadah sintetik
Published on: Tuesday, April 28, 2026
Published on: Tue, Apr 28, 2026
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
98 peratus kes di Sabah libatkan dadah sintetik
KOTA KINABALU: Sebanyak 98.4 peratus kes penyalahgunaan dadah di Sabah melibatkan dadah sintetik, khususnya Amphetamine-Type Stimulants (ATS), sekali gus mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu tersebut di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei berkata, trend itu menunjukkan corak penyalahgunaan dadah yang semakin berubah dan memerlukan tindakan lebih pantas serta terselaras.

Advertisement
Angka itu didedahkan pada Bengkel Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) 2026 yang diadakan di sini pada Selasa, melibatkan 34 pemimpin komuniti dari Kampung Benoni, Papar dan Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada pemerkasaan pemimpin kampung dalam mengenal pasti individu berisiko lebih awal, di samping memperkukuh usaha pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan di peringkat komuniti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penyalahgunaan dadah kini berubah dari segi corak dan memerlukan tindakan yang lebih pantas serta bersepadu.

"Di Sabah, kes melibatkan ATS mendominasi, yang amat membimbangkan kerana melibatkan golongan belia dan bakal pemimpin masa depan,” katanya ketika merasmikan program itu.

Advertisement
Beliau menambah, kejayaan inisiatif tersebut bergantung kepada peranan kepimpinan komuniti dalam membina sistem sokongan yang kukuh ke arah merealisasikan kampung bebas dadah di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here