Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Tiga warga asing ditahan berkaitan kes dadah 
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tiga warga asing ditahan berkaitan kes dadah 
LAHAD DATU: Polis berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah susulan penahanan tiga warga asing serta serta merampas 58.2 gram syabu dalam satu operasi pada 30 April.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin Ismail berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menahan seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun kira-kira jam 10.30 malam di hadapan sebuah hotel di kawasan bandar. 

Advertisement
Menurutnya suspek ditahan bersama 5.09 gram syabu dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seorang lagi warga asing berusia 36 tahun kemudiannya ditahan di Jambatan Kampung Puyut sekitar jam 11.30 malam. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Polis menemui 53.11 gram syabu serta peralatan berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dalam milikannya.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah suspek mengaku memperoleh bekalan daripada seorang lelaki dikenali sebagai ‘Ambas’.

Advertisement
Menurut Dzulbaharin pasukan turut menahan seorang lagi warga asing selepas ujian air kencingnya didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Suspek tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Dalam pada itu Dzulbaharin menegaskan bahawa penahanan tersebut membuktikan Kampung Puyut telah menjadi sarang pengedaran dadah.

Katanya polis sedang giat mengesan dalang utama dan memberi amaran bahawa Lahad Datu bukan tempat selamat bagi pengedar dadah.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah ke talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di 089-881111 dengan jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here