Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki dituduh rogol anak saudara dibicara 13 Julai
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki dituduh rogol anak saudara dibicara 13 Julai
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang didakwa merogol anak saudara perempuannya yang bawah umur akan dibicarakan pada 13 hingga 15 Julai tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kesnya dikemukakan untuk pengurusan kes.

Advertisement
Lelaki itu dituduh merogol remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut pada jam 11.30 malam, Januari 2024 di dalam sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Tuaran.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan sebelum ini telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada tertuduh.

Di mahkamah yang sama hakim turut menetapkan 2 hingga 4 September untuk perbicaraan kes melibatkan seorang bapa tiri yang didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 13 tahun.

Advertisement
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan meraba payudara mangsa pada jam 12 tengah hari, 6 Mac 2025 di dalam bilik tidur sebuah rumah di Papar.

Beberapa orang saksi akan dipanggil sepanjang perbicaraan tersebut dijalankan.

Advertisement
Tertuduh yang diwakili oleh peguam Datuk Rakhbir Singh kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes diselesaikan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here