Sat, 25 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Tiga suspek ditahan, cuba curi kabel TM
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Tiga suspek ditahan, cuba curi kabel TM
SEBAHAGIAN kabel yang cuba dicuri.
TAMBUNAN: Tindakan pantas orang awam mematahkan cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) apabila tiga lelaki ditahan ketika leka melakukan jenayah itu di tepi jalan Kampung Karanaan, di sini, awal pagi Rabu.

Kejadian kira-kira 4.10 pagi itu dikesan sekumpulan penduduk kampung yang menyedari aktiviti mencurigakan di kawasan semak sebelum segera menghubungi polis.

Advertisement
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Tambunan bergegas ke lokasi dan menahan ketiga-tiga suspek yang ketika itu sedang memunggah kabel dari lubang bawah tanah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Anak Garai mengesahkan tangkapan membabitkan tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 36 tahun, masing-masing berasal dari Tambunan dan Keningau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati penutup lubang kabel telah dibuka kira-kira dua kaki dan kabel sepanjang empat kaki telah dipotong.

Pihak TM yang hadir bagi proses pengecaman awal mengesahkan kabel berkenaan milik syarikat itu serta mengalami kerosakan pada bahagian sambungan akibat perbuatan khianat.

Advertisement
Polis turut merampas sebuah kenderaan pikap yang digunakan suspek serta dua pemotong kabel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik, manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod.

Advertisement
Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ujian saringan air kencing akan dijalankan selepas permohonan reman dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah pegawai penyiasat, Sarjan Davis anak Hassan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here