Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Dua warga asing ditahan bersama syabu
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua warga asing ditahan bersama syabu
SALAH seorang suspek yang ditahan pihak polis.
LAHAD DATU: Polis berjaya melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan penahanan dua warga asing selain merampas dadah dalam dua serbuan berasingan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin Ismail berkata dalam serbuan pertama sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 45 tahun dan menemui 0.21 gram dadah berserta peralatan penyalahgunaan dadah dalam pemilikannya.

Advertisement
Suspek yang didapati positif dadah itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil soal siasat membawa kepada tangkapan kedua pada hari sama di Kampung Puyut melibatkan seorang lelaki warga Filipina berusia 37 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lelaki tanpa dokumen itu didapati memiliki 7.12 gram dadah disyaki syabu,” katanya sambil menambah suspek turut didapati positif dadah.

Menurut Dzulbaharin kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah dan penyalahgunaan dadah.

Advertisement
Beliau dalam kenyataan turut memuji tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang membawa kepada penahanan dan rampasan tersebut.

Tambahnya Polis Lahad Datu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak, dan akan terus mempergiat operasi bagi membanteras kegiatan dadah di daerah ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here