Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki maut kereta-lori bertembung di Keningau
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Lelaki maut kereta-lori bertembung  di Keningau
ANGGOTA penyelamat memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
KENINGAU: Seorang lelaki berumur 44 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori tiga tan di Jalan Keningau-Tenom berhampiran Kampung Kitung pada petang Rabu.

Mangsa yang dikenali sebagai Jinus Anang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada dalam insiden kira-kira pukul 4.15 petang itu.

Advertisement
Polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Supt Yampil Anak Garai berkata siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 37 tahun bersama seorang kelindan itu sedang dalam perjalanan dari Tenom menuju ke Keningau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Apabila tiba di satu laluan menurun yang lurus, Perodua Kenari yang dipandu mangsa dari arah bertentangan dipercayai memasuki lorong lori berkenaan.

Kedua-dua kenderaan gagal mengelak lalu bertembung menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Advertisement
Pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan mengadu sakit dada namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai perubatan di lokasi mengesahkan kematian mangsa dan mayat akan dihantar untuk bedah siasat.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here