Fri, 24 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
10 ahli baharu MPS angkat sumpah
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
10 ahli baharu MPS angkat sumpah
ARIFIN, Maijol, Walter dan hadirin bersama ahli majlis baharu.
SANDAKAN: Seramai 10 ahli baharu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengangkat sumpah pada majlis di Ballroom Sabah Hotel, di sini, Selasa, disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Datuk Dr Maijol Mahap dan Presiden MPS Datuk Walter Kenson.

Mereka ialah Normidah Alan, Abu Mutalib Zainal Abidin, Harian Kassim, Abdul Razor Rosland, Andi Surianto Samsuddin, Aliakbar Isnaji, Yunizam Yusof, Amirul Amin Rashid, Mohd Zharif Aizat Datuk Samsudin, Ramlan Ibrahim, Koh Siew Eng, Shaninnah Sani, Mohd Gadaffy M Sahih, Datuk Chew Kok Woh dan Lim Jik Dak.

Advertisement
Pada majlis sama, turut berlangsung pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPS dan rakan strategik iaitu Persatuan Masyarakat Tionghua Bersekutu Sandakan, Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan, Merdeka Daily News dan TV Sabah.

Dalam sidang media, Arifin berharap ahli majlis baharu bersama 15 ahli sedia ada dapat menyumbang idea bernas ke arah pembangunan Sandakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kerjasama strategik itu dijangka memperkukuh hubungan antara majlis dan rakan kerjasama dalam usaha memajukan daerah.

Menurutnya, MPS juga wajar dipuji atas usaha memperluas kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk media, yang disifatkan sebagai platform penting dalam menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat.

Advertisement
Arifin turut menyambut baik inisiatif MPS memperuntukkan 30 peratus peluang perniagaan kepada golongan belia, termasuk penyediaan gerai dan ruang niaga.

“Pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kementerian turut mengambil maklum keperluan mendesak berkaitan kebersihan kawasan serta menekankan peranan pengurusan dan ahli majlis dalam memastikan keberkesanan perkhidmatan konsesi.

Menyentuh kebakaran di Kampung Bahagia, beliau berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan bantuan kepada mangsa, selain sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah.

“Kita amat bersimpati dengan nasib mereka dan akan terus mencari jalan membantu setakat yang mampu,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Tetap kementerian Datuk Jamili Nais, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Datuk Awang Kadin Tang dan lain-lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here