Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Gesa perpustakaan baharu Kunak segera beroperasi
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Gesa perpustakaan baharu Kunak segera beroperasi
KUNAK: Bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) cawangan Kunak yang bernilai lebih RM6 juta perlu segera dibuka memandangkan ia sudah siap sejak tujuh bulan lalu.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu berkata perpustakaan merupakan kemudahan awam penting sebagai pusat rujukan, ruang pembelajaran dan penyebaran ilmu.

Advertisement
“Institusi itu turut berfungsi sebagai nadi akademik, tempat perbincangan serta pusat akses maklumat melalui perkhidmatan fizikal dan digital.

“Sewajarnya bangunan baharu ini dibuka dengan segera untuk beroperasi kerana sudah lebih tujuh bulan disiapkan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan projek berkenaan yang pernah mengalami kelewatan semasa pandemik Covid-19 sebelum disambung semula.

Anil berkata beliau turut menerima pertanyaan orang awam berhubung kelewatan pengoperasian perpustakaan tersebut.

Advertisement
“Saya akan melawat bangunan yang telah siap ini untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi. 

“Sebelum ini dimaklumkan isu penilaian berkaitan bekalan air dan elektrik masih belum dimuktamadkan.

Advertisement
“Saya mengambil pendekatan mudah iaitu jika bangunan sudah siap lebih enam atau tujuh bulan, masalah air dan elektrik sepatutnya boleh diselesaikan,” ujarnya.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pegawai dan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya isu terbabit diselesaikan segera.

Beliau berharap pembukaan perpustakaan baharu itu kelak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan golongan belia sebagai tempat rujukan ilmu serta kemudahan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan akses maklumat.

Menurutnya perpustakaan sedia ada ketika ini masih beroperasi di premis sewaan milik bangunan komersial di Pekan Kunak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here