Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
SK Simpangan akan dipindah ke lokasi baharu – Menteri
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
SK Simpangan akan dipindah ke lokasi baharu – Menteri
Kota Kinabalu: Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan di Paitan yang terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini akan dipindahkan ke satu lokasi baharu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan murid serta warga sekolah.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Datuk James Ratib (gambar) berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk pembinaan semula sekolah berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, JPNS akan bertindak meneliti kawasan yang dikenal pasti sebelum kerja-kerja pembangunan infrastruktur baharu dilaksanakan dalam masa terdekat.

“SK Simpangan memang sering dilanda banjir setiap tahun dan keadaan banjir yang berlaku baru-baru ini adalah antara paling buruk sehingga menyebabkan kira-kira 90 peratus bangunan sekolah ini tidak dapat digunakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Langkah pemindahan ke lokasi baharu adalah penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan masalah berulang setiap kali musim banjir, manakala lokasinya kini sedang dikenal pasti sebelum insfrastruktur baharu dibina

“Justeru itu, kita tengah berurusan dengan pihak JPNS untuk (mencari jalan) bagaimana cara mengatasi masalah ini dengan keadaan segera,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, di sini, Jumaat.

Advertisement
Keadaan SK Simpangan menjadi tular di media sosial apabila pelajar mengikuti sesi pembelajaran di kawasan terbuka susulan kerosakan teruk akibat banjir yang melanda awal tahun ini.

SK Simpangan menjadi antara sekolah di Sabah yang rosak teruk akibat banjir yang berlaku sehingga menjejaskan sesi persekolahan 194 murid, 15 guru dan enam Anggota Kumpulan Pelaksana.

Advertisement
Dalam pada itu, James berkata sesi pembelajaran murid-murid SK Simpangan buat sementara ini dipindahkan ke dewan terbuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan.

Katanya, walaupun kemudahan yang digunakan ketika ini bersifat sementara dan dalam keadaan terbuka, pihak kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.

Pada masa sama katanya, pihaknya bersama JPNS sedang berusaha mempercepatkan proses berkaitan supaya murid dapat kembali belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

“Pelajar sekolah ini semua ditempatkan di tempat yang selamat. Kita sedang berurusan dengan pihak JPNS bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Insya Allah kita akan bina baru (sekolah),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here