Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
‘Perkenal pelan tindakan baharu tangani kebakaran’
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
‘Perkenal pelan tindakan baharu tangani kebakaran’
Andi berkata tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini menyaksikan ribuan rumah musnah sekaligus mengakibatkan lebih 10,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
TAWAU: Kerajaan Persekutuan dan Negeri diusulkan  melakukan transformasi besar-besaran dengan menyediakan pelan tindakan baharu secara menyeluruh dalam usaha menangani isu kebakaran besar yang kerap melanda perkampungan atas air bagi mengelakkan kejadian kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini menyaksikan ribuan rumah musnah sekaligus mengakibatkan lebih 10,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Advertisement
“Transformasi pelan tindakan menyeluruh untuk perkampungan atas air ini kita lihat ada keperluan mendesak.

“Ia khususnya untuk mengelak tragedi kebakaran besar berulang dan perlu ada titik noktah yang membawa kepada inisiatif mewujudkan pengurusan keselamatan bersifat lebih reaktif terhadap situasi semasa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Andi Suryady berkata demikian kepada pemberita pada Khamis sambil menegaskan keperluan transformasi pelan tindakan itu diwujudkan bagi memastikan persediaan menghadapi bencana bukan sekadar wacana semata-mata tetapi satu pelan bertulis yang wajib dan sesuai dilaksanakan di setiap kampung atas air.

Mengulas lanjut semua agensi keselamatan dan pemegang taruh seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diharap dapat sentiasa hadir melakukan sesi penerangan secara aktif bersama penduduk setempat di kawasan perkampungan atas air.

Advertisement
“Kita khuatir kegagalan dalam menguruskan perkampungan atas air secara tuntas termasuk meningkatkan kesedaran penduduk akan berterusan menyumbang kepada masalah lain seperti kes kecurian bekalan air, elektrik, ancaman keselamatan dan gejala sosial membimbangkan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kebakaran berskala besar yang berlaku seperti di Kampung Bahagia bukan sahaja meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada setiap mangsa terlibat malah turut memberikan tekanan kepada bajet kerajaan.

Advertisement
Menurutnya bajet kerajaan yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembangunan dan penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sekolah terpaksa dialihkan bagi membiayai kerosakan harta benda akibat bencana kebakaran yang berulang.

“Kita turut memuji usaha Kerajaan Negeri yang mula menunjukkan perubahan menerusi pendekatan secara kolektif atau tindakan bersama antara pemegang taruh yang menjadi kunci utama dalam usaha menangani isu kebakaran termasuk kemusnahan yang ada.

“Namun kita berharap supaya transformasi ini dapat dilaksanakan segera di kawasan berisiko tinggi termasuk di Parlimen Kalabakan bagi mengelak kejadian seperti di Kampung Bahagia yang dilihat sebagai antara tragedi kebakaran terburuk dalam sejarah di Sabah berulang kembali”, katanya.

Dalam masa sama beliau juga berkongsi kebimbangan terhadap tahap kesedaran penduduk untuk memastikan fasiliti keselamatan yang kritikal seperti pili bomba supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan dapat berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here