Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Sasa anjur kejohanan renang untuk bakat baharu, pecah rekod penyertaan
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sasa anjur kejohanan renang untuk bakat baharu, pecah rekod penyertaan
KESEMUA pemenang pada kejohanan itu.
Kota Kinabalu: Persatuan Sukan Akuatik Sabah (Sasa) berjaya menganjurkan Kejohanan Renang Novis Sasa ke-8 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu baru-baru ini.

Acara itu menjadi platform kepada perenang baharu dan peringkat akar umbi untuk menonjolkan bakat mereka serta mencatat rekod baharu dengan penyertaan seramai 256 atlet pada tahun ini.

Advertisement
Pertandingan terbabit menampilkan lima kumpulan umur. Tiga pemenang teratas bagi setiap kumpulan ialah Aiyzaa Sereena Sari (BMSC), Neorah Amori Perez Molijol (BMSC), Raynaa Zoeeryna Eusuf (BMSC) – Kumpulan 6 perempuan (7 tahun ke bawah); Adrian Lo Yan Qi (TSSC), Eshaan Therin Viknesvaran (BMSC), Ivan Smith Kenneth (SSA) – Kumpulan 6 lelaki; Hyvette Miracle Julas (PJMS), Tiffany Liew Pei Ying (SSA), Gloria Lee Yuan Yuan (SSA) – Kumpulan 5 perempuan (8-9 tahun); Yeong Jesse Mikhael (PPSC), Dave Denzell Isaiah (PPSC), Luc Gerard Rayner (PPSC) – Kumpulan 5 lelaki; Chloe Lee Xuan (SDSC), Thien Siew Yee (SSA), Thea Pang Yue (SDSC) – Kumpulan 4 perempuan (10-11 tahun); Edan Park (PJMS), Lee Siao Lim (TSSC), Anson Tan Yee Zhe (BMSC) – Kumpulan 4 lelaki; Neia Gabrielle Chin (PPSC), Averie Fung Xu Ley (PPSC), Humaira Ainsley Aiden (BMSC) – Kumpulan 3 perempuan (12-13 tahun); Sherwin Voon Xuan Ying (SDSC), Noah Tal Tarang Garai (PPSC), Ethan Chai Yung Jun (BMSC) – Kumpulan 3 lelaki; Iesha Sophie Irwan (PPSC), Shavonne Goh Ser Syuen (PJMS), Amber Lee Synn Yii (SDSC) – Kumpulan 2 perempuan (14-15 tahun); Daniel Thong Khou Khou (SSA), Tougher Tee (SSA), Keith Ng Zhen Lip (SSA) – Kumpulan 2 lelaki.

Presiden Sasa Daniel Lee mengucapkan tahniah kepada semua perenang atas pencapaian mereka khususnya mereka yang mencatat masa terbaik peribadi serta yang bertanding buat kali pertama. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan dan pihak berkepentingan atas usaha menjayakan kejohanan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga mengumumkan bahawa Sasa akan menganjurkan MAS/Milo All-Stars Swimming Circuit Pusingan 1 2026 (wilayah Malaysia Timur) di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 16 hingga 17 Mei.

Acara ini akan menjadi kelayakan bagi Malaysia Timur untuk ke Grand Final MAS/Milo All-Stars yang dijadualkan berlangsung pada September.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here