Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Subsidi RM350 sebulan bantu ibu bapa anak autisme: Rina
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Subsidi RM350 sebulan bantu ibu bapa anak autisme: Rina
Rina berkata, subsidi itu diberikan bagi menampung sebahagian yuran pusat autisme yang mencecah lebih RM600 sebulan. 
TAWAU: Kerajaan Sabah menyediakan subsidi RM350 sebulan kepada ibu bapa warganegara yang menghantar anak mereka mendapatkan rawatan dan terapi di pusat intervensi autisme berdaftar di negeri ini. 

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata, subsidi itu diberikan bagi menampung sebahagian yuran pusat autisme yang mencecah lebih RM600 sebulan. 

Advertisement
Katanya, bantuan tersebut akan mengurangkan beban kewangan ibu bapa apabila hanya perlu membayar sekitar RM350.

“Kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan ibu bapa yang mempunyai anak autisme dan subsidi ini diharap dapat membantu mereka mendapatkan rawatan terbaik untuk anak-anak istimewa,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rina berkata demikian ketika ditemui media pada Program Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Hospital Tawau, di Auditorium Hospital Tawau di sini, Isnin. 

Menurutnya, langkah itu selari dengan usaha memperluaskan perkhidmatan intervensi awal melalui penubuhan Pusat Autisme Sabah (Paus) sebagai projek perintis di bawah Jabatan Kebajikan Negeri Sabah. Pusat itu dijangka dirasmikan pada Mei depan. 

Advertisement
Sementara itu, Paus Tawau yang beroperasi di Sri Stella Air Panas sejak awal Mac lalu, setakat ini menempatkan lebih 30 kanak-kanak.

Menurutnya, pusat itu dijangka akan terus menerima peningkatan pendaftaran memandangkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat.

Advertisement
“Kes autisme dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan peningkatan, namun masih terdapat ibu bapa yang kurang pendedahan atau berada dalam fasa penafian terhadap keadaan anak mereka,” katanya.

Justeru, belieu melihat pelaksanaan subsidi dan penubuhan Paus sebagai langkah penting dalam memperluas akses kepada terapi serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here