Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Tragedi Kampung Bahagia: Perlu pembaharuan kampung air
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
Text Size:
Text:
Tragedi Kampung Bahagia: Perlu pembaharuan kampung air
Aksyah berkata bantuan selepas bencana sememangnya penting, namun langkah itu hanya bersifat sementara jika punca sebenar tidak ditangani secara menyeluruh.
Kota Kinabalu: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah menyifatkan tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan sebagai peringatan besar kepada rakyat mengenai keperluan pembaharuan menyeluruh terhadap penempatan kampung air berisiko tinggi di negeri ini.

Beliau berkata, insiden yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah itu bukan sekadar angka, sebaliknya menggambarkan penderitaan besar mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam sekelip mata.

Advertisement
“Saya melihat gambar dan video kebakaran di Kampung Bahagia… amat memilukan. 1,000 rumah musnah. Ini bukan hanya angka, tetapi hakikat banyaknya linangan air mata dan hati yang remuk kerana kehilangan segalanya. Saya bersimpati,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Mengulas tindakan kerajaan negeri, Aksyah berkata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menunjukkan ciri kepimpinan apabila bertindak pantas menggerakkan jentera kerajaan bagi membantu mangsa terjejas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, tindakan segera itu membuktikan peranan pemimpin bukan sekadar mengeluarkan kenyataan, tetapi hadir ketika rakyat berada dalam kesusahan.

“Beliau bertindak bukan sekadar kata-kata, tetapi melalui arahan. Jentera kerajaan digerakkan serta-merta. Pada saya, itulah gambaran tanggungjawab seorang pemimpin, hadir ketika rakyat menanggung derita,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau menegur pihak yang terus menuding jari dan menyalahkan pasukan bomba susulan tragedi berkenaan, termasuk dakwaan kelewatan operasi serta masalah bekalan air ketika usaha memadam kebakaran dijalankan.

Katanya, sikap hanya mencari kesalahan tidak akan membantu membina semula kediaman yang musnah atau mengurangkan penderitaan mangsa.

Advertisement
“Semua dakwaan negatif itu tidak akan mampu membina semula rumah yang sudah hangus. Ia tidak akan merawat luka rakyat,” katanya.

Aksyah berkata bantuan selepas bencana sememangnya penting, namun langkah itu hanya bersifat sementara jika punca sebenar tidak ditangani secara menyeluruh.

Beliau berkata sistem penempatan kampung air yang tidak terancang perlu diberi perhatian serius kerana sudah lama menjadi ancaman keselamatan kepada penduduk.

Menurutnya, usaha membina semula penempatan lebih teratur memerlukan keberanian politik, perancangan rapi serta visi jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerajaan pimpinan Hajiji mempunyai asas kewangan dan iltizam politik untuk merealisasikan agenda pembangunan menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Katanya, peningkatan hasil negeri yang mencecah RM7 bilion membuktikan keupayaan pentadbiran sedia ada dalam memperkukuh kedudukan kewangan Sabah.

“Tanpa dana ini, dan sementara menunggu pelaksanaan bayaran tuntutan 40 peratus, wawasan SMJ hanyalah mantera di atas kertas. Hari ini, Sabah ada dana dan Hajiji ada iltizam politik untuk melaksanakannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sabah menilai tragedi berkenaan secara matang dan menjadikannya titik tolak untuk menyokong agenda pembangunan yang lebih selamat serta tersusun.

“Kita mahu terus hidup dalam ketakutan, atau memberi ruang kepada kepimpinan sedia ada untuk membina masa depan yang lebih selamat?

“Mencegah jauh lebih baik daripada merawat. Kita sokong dan biarkan Hajiji fokus kepada tugasnya. Pembangunan memerlukan masa, dan keamanan memerlukan kestabilan,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa terlibat serta mendoakan mereka terus tabah menghadapi dugaan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here