Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Penduduk Taman Vila Vista dakwa krisis air berlarutan hampir lima tahun
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Penduduk Taman Vila Vista dakwa krisis air berlarutan hampir lima tahun
GARY (tiga, kiri) bersama penduduk Taman Vila Vista yang menyuarakan kebimbangan serius terhadap masalah bekalan air tidak stabil.
SANDAKAN: Penduduk di kawasan perumahan Taman Vila Vista dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Manila menyuarakan kebimbangan serius terhadap masalah bekalan air tidak stabil yang didakwa berlarutan hampir lima tahun tanpa penyelesaian berkesan.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada gangguan berulang di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Garam khususnya melibatkan kerosakan pam yang sering berlaku dan semakin meruncing sejak Oktober 2025.

Advertisement
Menurut wakil penduduk, Gary Hardin Lugard keadaan bekalan air sehingga kini tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan ketara walaupun banyak aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Air Sandakan.

“Penduduk sering berhadapan dengan situasi di mana bekalan air hanya tersedia pada waktu tengah malam atau awal subuh, itu pun dengan tekanan yang sangat rendah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lebih membimbangkan, ada keadaan paip tidak mengalirkan air sehingga tempoh dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, masalah terbabit bukan sahaja menjejaskan Taman Vila Vista malah turut melibatkan beberapa kawasan lain di Sandakan susulan isu pam di LRA Bukit Garam yang berulang hampir setiap bulan.

Advertisement
Krisis bekalan air itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan harian penduduk termasuk aspek kebersihan diri, penyediaan makanan dan keperluan asas keluarga. 

Dalam situasi tertentu, penduduk terpaksa mengangkut air menggunakan baldi, satu kaedah yang disifatkan tidak praktikal dan membebankan, terutama bagi warga emas serta keluarga kurang berkemampuan.

Advertisement
Tambahnya, masalah air turut menjejaskan sambutan perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina sejak empat tahun lalu kerana setiap kali terdapat perayaan, mereka berdepan dengan situasi pam rosak dan juga penyelenggaraan. 

Dalam pada itu, penduduk merakamkan penghargaan kepada Adun Sungai Manila Datuk Hazem Musa atas usaha menyediakan tangki air sebagai bantuan sementara. Namun, mereka menegaskan langkah tersebut tidak menyelesaikan punca utama masalah.

Sehubungan itu, penduduk menggesa Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Fairuz Renddan agar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan dan konsesi di LRA Bukit Garam.

Mereka juga berharap Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Naim Moktar dapat memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan isu berkenaan.

Selain itu, penduduk turut menuntut satu pertemuan segera bersama Jurutera Bahagian Jabatan Air Sandakan TS Nelly Juee Philip bagi mencari penyelesaian konkrit selepas mendakwa isu tersebut gagal diselesaikan oleh beberapa pegawai teknikal sebelum ini.

“Selepas lima tahun berhadapan masalah sama hampir setiap bulan, kami tidak mahu lagi mendengar penjelasan teknikal tanpa penyelesaian kepada akar permasalahan,” tegas Gary.

Penduduk turut mendakwa terdapat beberapa kejadian gangguan bekalan air berlaku tanpa sebarang notis awal, sekali gus menyukarkan mereka membuat persediaan.

Mereka berharap tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi memastikan bekalan air yang konsisten dan mencukupi dapat dinikmati oleh penduduk Taman Vila Vista serta kawasan Sungai Manila secara keseluruhan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here