Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Sabah ambil alih 83 projek air luar bandar
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Larry Ralon, Ameerul Amde
Text Size:
Text:
Sabah ambil alih 83 projek air luar bandar
Kota Kinabalu: Pelaksanaan 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah bernilai RM4.06 bilion akan dipercepat susulan penyerahan kuasa pelaksanaannya kepada Kerajaan Negeri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata keputusan itu yang berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan pada 17 Mac bagi memperkukuh penyampaian infrastruktur asas luar bandar.

Advertisement
Beliau berkata langkah itu bertujuan mempercepat pelaksanaan projek dengan memperkasa Kerajaan Negeri supaya manfaat dapat disalurkan kepada rakyat dengan lebih cepat dan berkesan, selain memenuhi manifesto Pilihan Raya Negeri gabungan pemerintah.

“Ini pendekatan strategik untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan melalui kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zahid berkata 83 projek baharu dan sambungan di bawah program BALB Sabah yang diluluskan bagi 2026 melibatkan kos keseluruhan RM4.06 bilion.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM143 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Pusingan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi 2026.

Advertisement
Beliau berkata projek tersebut turut merangkumi skim yang belum dilaksanakan sejak RMK-11 pada 2016, dengan sebahagiannya tertangguh hampir 10 tahun akibat pelbagai kekangan pelaksanaan.

Antara isu dikenal pasti termasuk kelulusan perancangan, keperluan penjajaran baharu, spesifikasi khusus lokasi, pelantikan perunding dan kontraktor serta perkara teknikal lain yang lebih sesuai diselesaikan di peringkat negeri.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata Kabinet Persekutuan bersetuju pelaksanaan projek BALB di Sabah diserahkan kepada agensi pelaksana negeri sebagai satu pencetus perubahan.

Di Sabah, pelaksanaan projek akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri dengan tiga agensi utama iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Air negeri.

Bagi memastikan pelaksanaan lancar, Zahid berkata satu Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) akan ditubuhkan melibatkan wakil kementerian Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan.

“Jawatankuasa ini akan menyelaras aspek teknikal, kewangan dan pelaksanaan bagi memastikan semua projek dapat dimulakan tanpa kelewatan serta dipantau rapi,” katanya.

Mesyuarat penyelarasan itu diadakan bagi memastikan proses peralihan antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Persekutuan, agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan lancar.

Zahid berkata pelaksanaan akan dipercepat dengan garis masa jelas ditetapkan bagi setiap projek, di samping memastikan pematuhan kepada tadbir urus dan peraturan sedia ada.

Beliau berkata daripada 83 projek, sebanyak 37 dikenal pasti masih belum dilaksanakan.

Katanya, projek meliputi seluruh Sabah, dengan keutamaan turut diberikan kepada kontraktor tempatan tertakluk kepada pemilihan oleh agensi pelaksana negeri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersedia dari segi tenaga kerja dengan 184 jawatan baharu diwujudkan, melibatkan jurutera dan tenaga teknikal bagi menyokong pelaksanaan projek.

Menjawab soalan, Zahid berkata kekangan kos termasuk kesan krisis tenaga global turut diambil kira, manakala penetapan harga dan penyelarasan berkaitan ditentukan di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata program BALB kekal sebagai antara inisiatif utama kerajaan untuk memperluas akses kepada bekalan air bersih selaras agenda pembangunan negara di bawah RMK-13.

“Dengan pelaksanaan projek ini, kerajaan berharap dapat merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Yang penting, manfaatnya akan dirasai rakyat, khususnya di luar bandar Sabah,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri serta Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Rubin Balang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here