Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
‘Pembinaan dewan masyarakat, kompleks sukan perlu dipercepat’
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
‘Pembinaan dewan masyarakat,  kompleks sukan perlu dipercepat’
KUNAK: Pembinaan dewan masyarakat yang baharu perlu dipercepat berikutan tapak bagi bangunan itu sudah tersedia selain kelulusan untuk perlaksaanaan kemudahan telah diperoleh.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu berkata tapak untuk pembinaan dewan tersebut terletak berdekatan Pejabat Majlis Daerah Kunak.

Advertisement
“Saya telah bertemu dengan Ketua Menteri berkenaan perkara itu agar pembinaan dewan masyarakat dipercepatkan kerana ia penting sebagai pusat aktiviti serbaguna serta pusat sehenti untuk program kemasyarakatan khususnya program-program anjuran kerajaan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri bersama jabatan-jabatan kerajaan dan komuniti Kunak yang diadakan di Dewan Arena Belia pada Ahad.

Ditanya mengenai rancangan pembinaan Kompleks Sukan Kunak, Anil berkata beliau sudah bertemu dengan agensi berkaitan termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Kunak dan pihak SD Guthrie berkenaan tapak yang dikenalpasti untuk tujuan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya proses pengurusan nilai bagi perlaksanaan Kompleks Sukan Kunak telah dimajukan ke Kementerian Belia dan Sukan negeri.

“Tapak kompleks sukan itu masih tanah pertanian kelapa sawit di bawah pengurusan SD Guthrie dan beberapa proses termasuk penukaran status tanah daripada pertanian kepada tapak binaan (pengambilan tanah) masih memerlukan tempoh masa tertentu bergantung kepada kecepatan pengurusan.

Advertisement
“Bagaimanapun kita optimis dengan adanya kerjasama semua pihak berkepentingan, perlaksanaan kompleks sukan itu boleh dipercepat memandangkan kemudahan itu sudah lama dinantikan lebih-lebih lagi ianya penting sebagai pusat latihan atlet serta paltform untuk komuniti beriadah.

Dalam perkembangan lain Anil berkata bangunan perpustakaan cawangan Kunak yang baharu perlu dioperasikan dengan kadar segera memandangkan ianya telah siap tujuh bulan lalu.

Advertisement
Beliau memaklumkan bakal mengadakan pertemuan dengan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kelewatan pembukaan operasi perpustakaan yang baharu itu memandangkan projek berkenaan dibawah pemantauan pihak JKR.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here