Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Sabah alu-alukan rakan pelabur berkeupayaan teknikal
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
Text Size:
Text:
Sabah alu-alukan rakan pelabur berkeupayaan teknikal
HAJIJI (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Saniez.
Kota Kinabalu: Sabah mengalu-alukan minat TotalEnergies untuk mewujudkan kehadiran jangka panjang di negeri ini sekali gus memperkukuh kedudukan Sabah dalam sektor tenaga serantau.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah mempunyai potensi penerokaan laut dalam yang besar dan belum diterokai sepenuhnya serta mengalu-alukan rakan kongsi berkeupayaan teknikal untuk membuka potensi sumber berkenaan.

Advertisement
“Sabah berhasrat bekerjasama dengan pelabur bereputasi bagi membawa keupayaan dalam penerokaan laut dalam serta pengeluaran yang cekap dan mampan bagi merealisasikan sepenuhnya potensi huluan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Pengarah Urusan TotalEnergies EP Malaysia, Jerome Saniez di Menara Kinabalu, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
TotalEnergies, sebuah syarikat tenaga pelbagai global dari Perancis, merupakan antara lima pemain utama dengan portfolio LNG dan huluan yang kukuh serta berkembang di peringkat global.

Dalam pertemuan itu, Saniez memberi taklimat mengenai operasi TotalEnergies yang kini terlibat dalam penerokaan ultra laut dalam di perairan Sabah, dengan pegangan kepentingan sebanyak 34.9 peratus bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell.

Advertisement
TotalEnergies turut terlibat dalam lima lagi blok di luar pesisir Sabah selain mempunyai kepentingan dalam aset gas luar pesisir utama di Sarawak.

Saniez memberitahu Hajiji bahawa TotalEnergies yakin Sabah merupakan langkah seterusnya yang kukuh bagi syarikat itu, mengambil kira potensi luar pesisir yang besar, permintaan gas yang semakin meningkat, dasar mesra pelabur serta sokongan padu di peringkat negeri dan Persekutuan.

Advertisement
Turut hadir Pengarah Perundangan TotalEnergies EP Malaysia, Solpiee Sahmat serta wakil Serantau Dewan Perdagangan dan Industri (CCI) Perancis Malaysia bagi Sabah, Jacques Leizerovici.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here