Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Kes mayat dikerat: Warga emas diperintah rujuk ke Hospital Mesra
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Kes mayat dikerat: Warga emas diperintah rujuk ke Hospital Mesra
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 71 tahun yang didakwa membunuh bekas tunangnya berusia 44 tahun, yang mayatnya ditemui dikerat dalam tong sampah komuniti di Taman Indah Permai, Sepanggar, dua bulan lalu, diperintahkan Mahkamah Majistret untuk dirujuk ke Hospital Mesra bagi pemerhatian psikiatri.

Majistret Dzul Elmy Yunus mengeluarkan perintah itu terhadap Piluta Samad (gambar) susulan permohonan peguamnya supaya tertuduh menjalani pemerhatian di hospital berkenaan selama 30 hari.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 15 Mei untuk sebutan lanjut kes.

Peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili Piluta, memaklumkan mahkamah bahawa berdasarkan temu bual serta pemerhatiannya terhadap percakapan dan tingkah laku tertuduh, terdapat keperluan untuk tertuduh dinilai oleh pakar di hospital berkenaan selama 30 hari, dengan kemungkinan dilanjutkan 30 hari lagi di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ram turut memaklumkan tertuduh merupakan pesakit jantung dan sedang mengambil ubat.

Kes itu disebut pada Rabu sementara menunggu laporan DNA, forensik, patologi dan kimia.

Advertisement
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh memohon tempoh sebulan lagi kerana masih menunggu dua laporan pakar iaitu laporan kimia dan bedah siasat.

Piluta, yang bekerja sendiri, didakwa membunuh Hamidah Husin @ Lisa, seorang wanita tanpa dokumen, pada 11 Feb antara jam 6 petang hingga 7 malam di sebuah rumah di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar, di sini.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 27 Feb lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Turut mewakili tertuduh bersama Ram ialah peguam Joan Goh, Ian Vun dan Prem Elmer Ganasan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here